IMF akan bertemu pasukan ekonomi Ukraine bincang pembiayaan baru
Tabung Kewangan Antarabangsa berkata perbincangan mengenai penglibatan jangka panjang dengan Ukraine turut berkisar program yang membawa manfaat kepada negara itu.
Terkini
Perwakilan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) akan mengadakan pertemuan dengan pasukan ekonomi Ukraine minggu depan untuk membincangkan mengenai pembiayaan baru untuk negara itu, lapor Sputnik, memetik Pengarah Urusan IMF Kristalina Georgieva pada Selasa.
"Kami membincangkan penglibatan jangka panjang dengan Ukraine dan bagaimana kami boleh menyediakan program yang membawa manfaat kepada Ukraine secara lebih komprehensif... Kami bersetuju bahawa perwakilan IMF akan bertemu pasukan ekonomi Ukraine minggu depan," kata Georgieva.
Terdahulu beliau mengadakan perbincangan menerusi telefon dengan Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky.
Beliau dan Zelensky turut membincangkan mengenai tempoh masa yang sesuai dan jumlah pembiayaan baru untuk Ukraine yang mungkin sama seperti pembiayaan kecemasan AS$1.4 bilion yang disediakan oleh IMF kepada Kiev pada Mac.
IMF mungkin berusaha ke arah menyediakan program yang lengkap untuk membantu Ukraine, kata Georgieva.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
Paling Popular
Tiada artikel ditemui.
