- Iklan -
Dunia

Reaksi dunia atas kemangkatan Ratu Elizabeth

Pemimpin dunia mengucapkan takziah atas kematian raja paling lama memerintah Britain tersebut.

Reuters
2 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai melihat gambar potret Ratu Elizabeth II di Piccadily Circus, London pada 8 September. Gambar: AFP
Orang ramai melihat gambar potret Ratu Elizabeth II di Piccadily Circus, London pada 8 September. Gambar: AFP

Ratu Elizabeth merupakan raja paling lama memerintah Britain dan menjadi simbol negara itu bagi tujuh dekad lamanya meninggal dunia pada usia 96 tahun, kata Istana Buckingham pada Khamis.

Berikut adalah beberapa reaksi terhadap berita tersebut:

SETIAUSAHA AGUNG PBB ANTONIO GUTERRES

"Sebagai raja UK yang paling lama hidup dan paling lama memerintah, Ratu Elizabeth II sangat dikagumi kerana belas kasihnya, kemuliaannya dan dedikasi di seluruh dunia. Beliau hadir meyakinkan ketika perubahan besar berlaku, termasuk proses pengunduran Britain di Afrika dan Asia serta evolusi Komanwel.

"Ratu Elizabeth II ialah teman baik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dan melawat ibu pejabat New York kami sebanyak dua kali. Beliau sangat komited kepada kerja kebajikan dan alam sekitar dan berucap dengan penuh mengharukan pada ceramah iklim COP26 di Glasgow.

"Saya ingin memberi penghormatan kepada Ratu Elizabeth II atas dedikasinya yang tidak berbelah bahagi dan khidmat seumur hidupnya kepada rakyat Britain. Dunia akan mengingati pengabdian dan kepimpinannya selama ini."

PRESIDEN AS JOE BIDEN DAN JILL BIDEN

"Dalam dunia yang sentiasa berubah, beliau sentiasa berdiri teguh dan menjadi sumber keselesaan dan kebanggaan bagi rakyat Britain, termasuk kepada ramai yang tidak pernah mengenali negara mereka tanpa dia," kata mereka dalam satu kenyataan. 

“Legasi beliau akan kelihatan besar dalam halaman sejarah rakyat Britain, dan dalam kisah dunia kita."

PERDANA MENTERI INDIA NARENDRA MODI

"Yang Mulia Ratu Elizabeth II akan dikenang sebagai orang yang teguh di zaman kita. Kepimpinan beliau memberi inspirasi kepada negara dan rakyatnya. Beliau adalah lambang maruah dan kesopanan dalam kehidupan awam. Saya sedih dengan kematiannya. Takziah saya kepada keluarga dan dan seluruh rakyat UK."

SHEHBAZ SHARIF, PERDANA MENTERI PAKISTAN

“Kami amat berdukacita atas pemergian Yang Mulia Ratu Elizabeth II. Pakistan menyertai UK & negara-negara Komanwel lain dalam berkabung atas kematiannya. Takziah kepada keluarga diraja, rakyat & kerajaan UK."

PERDANA MENTERI KANADA JUSTIN TRUDEAU

"Dengan berat hati kami mendengar berita tentang pemergian raja paling lama memerintah Kanada, Yang Mulia Ratu Elizabeth II. Beliau sentiasa diingati kerana selalu hadir dalam hidup kami – dan khidmat beliau kepada rakyat Kanada akan kekal sebagai bahagian penting dalam sejarah negara kami."