PM India mahu konflik Rusia-Ukraine ditamatkan melalui rundingan
Narendra Modi menyuarakan kebimbangan mengenai krisis bekalan global akibat konflik itu di Forum Ekonomi Timur.
Terkini
Konflik Rusia-Ukraine perlu diselesaikan melalui diplomasi dan rundingan, kata Perdana Menteri India Narendra Modi ketika berucap di Forum Ekonomi Timur kali ketujuh yang diadakan di Vladivostok, Rusia secara maya pada Rabu.
Modi turut menyuarakan kebimbangan mengenai krisis Ukraine terhadap rantaian bekalan global dan kekurangan komoditi.
"Konflik Ukraine dan pandemik Covid-19 telah memberi kesan besar kepada rantaian bekalan global.
“Kekurangan bijirin, baja dan bahan api ialah kebimbangan utama bagi negara membangun.
"Sejak permulaan konflik Ukraine, kami telah menekankan keperluan untuk mengambil jalan diplomasi dan dialog.
“Kami menyokong semua usaha damai untuk menamatkan konflik ini," katanya.
Sementara itu, Modi berkata terdapat "potensi besar" untuk menjalin kerjasama antara Rusia-India dalam sektor tenaga.
Import minyak mentah Rusia ke India telah meningkat dengan ketara sejak konflik Rusia-Ukraine tercetus pada tahun ini.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.