Letupan di Burkina Faso ragut 35 nyawa
Dalam pada itu, 37 lagi orang awam turut tercedera akibat letupan tersebut.
Terkini
Sekurang-kurangnya 35 orang awam terbunuh manakala 37 lagi cedera apabila konvoi kenderaan di Burkina Faso terlanggar letupan buatan sendiri (IED) pada Isnin, menurut pihak berkuasa tempatan.
Konvoi yang membawa bekalan itu dalam perjalanan menuju Ouagadougou, terlanggar IED di antara bandar utara Djibo dan Bourzanga, kata gabenor wilayah Sahel Rodolphe Srgo dalam satu kenyataan, lapor Xinhua.
"Salah satu kenderaan yang membawa orang awam meletup selepas terlanggar bahan letupan buatan sendiri.
“Angka korban setakat ini mencecah 35 manakala 37 lagi cedera, dan kesemua mangsa merupakan orang awam," menurut kenyataan itu.
Pergolakan di Burkina Faso bertambah buruk sejak 2015, hingga mengakibatkan lebih 1,000 orang maut dan lebih 1.9 juta rakyatnya meninggalkan negara Afrika barat itu.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.