Dunia
Liz Truss dipilih sebagai PM baru Britain
Beliau akan mengalahkan pencabar terdekatnya Rishi Sunak bagi menggantikan Boris Johnson.
Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
- Iklan -
Terkini
Setiausaha Luar Britain Liz Truss dipilih menjadi perdana menteri baru United Kingdom (UK), umum Jawatankuasa Parti Konservatif 1922 pada Isnin.
Truss, 46, memperoleh 81,326 undi manakala pencabarnya Rishi Sunak sekadar mendapat 60,399 undi, menurut pengerusi jawatankuasa itu, Sir Graham Brady.
Beliau akan menggantikan Boris Johnson sekali gus menjadi perdana menteri wanita ketiga UK selepas Margaret Thatcher dan Theresa May, lapor Agensi Anadolu.
Truss dijangka menerima watikah untuk membentuk kerajaan baru dari Ratu Elizabeth II hari ini.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
Kongsi
- Iklan -
