- Iklan -
Dunia

China umum bantuan AS$43.5 juta bantu mangsa banjir di Pakistan

Menteri Luar Pakistan Bilawal Bhutto Zardari berkata bantuan China itu menunjukkan hubungan unik antara kedua-dua negara ketika menghadapi saat sukar.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang tentera Pakistan menyelamatkan kanak-kanak daripada banjir yang menjejaskan kawasan Rajanpur, di Punjab, Pakistan pada 2 Ogos lalu. Gambar: AFP
Seorang tentera Pakistan menyelamatkan kanak-kanak daripada banjir yang menjejaskan kawasan Rajanpur, di Punjab, Pakistan pada 2 Ogos lalu. Gambar: AFP

China akan menyediakan bantuan tambahan sebanyak 300 juta yuan (AS$43.5 juta) kepada Pakistan susulan bencana banjir yang melanda negara ini.

Menurut Kedutaan China di Islamabad pada Sabtu, perkara itu diumumkan pengerusi Agensi Kerjasama Pembangunan Antarabangsa China (CIDCA) Luo Zhaohui.

Menteri Luar Pakistan Bilawal Bhutto Zardari mengucapkan terima kasih kepada China atas bantuan itu.

"Ini satu lagi manifestasi hubungan unik kami terutama ketika menghadapi saat yang sukar," katanya.

Sebelum ini, China menawarkan bantuan bernilai 100 juta yuan untuk membantu mangsa banjir Pakistan.

Pakistan yang dilanda hujan lebat dan banjir telah menyebabkan 33 juta penduduk terjejas manakala kerugian dianggarkan AS$10 bilion.