- Iklan -
Dunia

Singapura sekat juara Olimpik tunggalnya sertai pertandingan selepas guna ganja

Bagaimanapun, Joseph Schooling, yang menewaskan perenang Amerika Michael Phelps dalam acara 100m kupu-kupu pada Olimpik 2016, didapati negatif dadah itu selepas mengaku mengambilnya ketika di luar negara.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Tatu atlet Joseph Schooling kelihatan ketika bersedia dalam pusingan kelayakan acara renang 100m bebas pada Olimpik Tokyo 2020. Gambar: AFP
Tatu atlet Joseph Schooling kelihatan ketika bersedia dalam pusingan kelayakan acara renang 100m bebas pada Olimpik Tokyo 2020. Gambar: AFP

Pemenang pingat emas Olimpik Singapura, Joseph Schooling, tidak akan diberi penangguhan lanjut daripada menjalani program khidmat negara republik itu selepas mengaku menggunakan ganja, kata pegawai kerajaan pada Rabu.

Schooling, 27, yang menewaskan pemain Amerika Michael Phelps dalam acara 100m renang kupu-kupu pada Olimpik 2016, bagaimanapun negatif dadah itu ketika saringan, walaupun mengaku menggunakannya semasa berada di luar negara awal tahun ini, kata kementerian.

Singapura mempunyai undang-undang kesalahan dadah paling keras di dunia, termasuk hukuman mati bagi pengedar.

Setakat ini, negara itu tidak menunjukkan tanda-tanda untuk melunakkan pendiriannya terhadap sebarang dadah termasuk ganja ketika banyak negara termasuk Thailand dalam usaha untuk menyahjenayahkan dadah jenis itu.

“Schooling tidak lagi layak untuk tangguh program khidmat negara kerana latihannya," kata kementerian pertahanan negar itu dalam satu kenyataan, sambil menambah atlet itu akan diletakkan di bawah jadual ketat saringan air kencing yang akan dipantau selama enam bulan.

Pada Selasa lalu, Schooling, yang bapanya meninggal dunia tahun lalu, berkata di media sosial beliau “berputus asa ketika berdepan saat yang rapuh dan sukar”

Schooling bagaimanapun tidak memberikan butiran mengenai kenyataannya itu ketika dihubungi Reuters.

Media tempatan melaporkan, Schooling juga mungkin akan terlepas daripada menyertai Sukan Asia Tenggara di Kemboja tahun depan dan Sukan Asia di Hangzhou, China.

Sebelum ini, berikutan jadual latihannya, Schooling dibenarkan untuk menangguhkan khidmat negara Singapura, sebuah program yang diwajibkan untuk lelaki dan biasanya dijalanil selepas sekolah menengah.

Schooling gagal melayakkan diri dalam saingan kelayakan di Sukan Olimpik Tokyo tahun lalu, sementara bapanya meninggal dunia beberapa bulan kemudian selepas disahkan menghidap kanser hati.