- Iklan -
Dunia

Jangkitan Covid-19 kembali meningkat di Itali

Minggu lalu negara itu mencatat 14.4% kadar peningkatan kes.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai memakai pelitup muka ketika berjalan di Via Condotti, sebuah pusat beli-belah mewah di Rome pada Disember 2021. Gambar: AFP
Orang ramai memakai pelitup muka ketika berjalan di Via Condotti, sebuah pusat beli-belah mewah di Rome pada Disember 2021. Gambar: AFP

Kadar jangkitan Covid-19 di Itali kembali meningkat, iaitu peningkatan sebanyak 14.4% sepanjang minggu lalu.

Itali, negara Eropah pertama yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19, menyaksikan peningkatan jumlah kes dari pertengahan Jun hingga pertengahan Julai dan menurun untuk tempoh beberapa hari terakhir, lapor Xinhua.

Data terkini daripada Kementerian Kesihatan Itali menunjukkan lebih 27,000 kes jangkitan dilaporkan pada Khamis, turun berbanding 36,000 kes sehari sebelumnya tetapi meningkat tiga kali ganda berbanding 10,000 jangkitan pada hari-hari sebelum itu.

Angka kematian harian juga meningkat, iaitu sebanyak 147 korban pada Khamis, meningkat dari 128 sehari sebelumnya, 70 pada Selasa dan 42 pada Isnin.

Kadar vaksinasi di Itali kekal antara yang paling tinggi di Kesatuan Eropah. 

Sehingga Khamis, 94.1% penduduk negara itu yang berumur 12 tahun ke atas sama ada menerima vaksin sepenuhnya atau telah pulih daripada jangkitan dalam tempoh enam bulan sebelum itu, memberi mereka imuniti semula jadi.