- Iklan -
Dunia

Joe Biden nafi ekonomi AS meleset

Menurut presiden AS, ahli ekonomi dan perbankan mengatakan ekonomi negara itu tidak meleset.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Presiden AS Joe Biden. Gambar: AFP
Presiden AS Joe Biden. Gambar: AFP

Ramai ahli ekonomi dan kakitangan perbankan menyatakan ekonomi Amerika Syarikat (AS) tidak berada dalam kemelesetan, kata Presiden Joe Biden pada Khamis lapor Sputnik.

"Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell dan ramai kakitangan perbankan serta ahli ekonomi  berkata kami tidak berada dalam kemelesetan," kata Biden di Rumah Putih.

Beliau berkata kadar pekerjaan baru yang diwujudkan dalam ekonomi AS dan rekod pengangguran adalah sebanyak 3.6%.

"Ia bukan kemelesetan kepada saya," kata Biden.

Terdahulu pada Khamis, Jabatan Perdagangan AS menyatakan anggaran awal keluaran dalam negara kasar (KDNK) AS menguncup 0.9% pada suku kedua tahun ini selepas penurunan KDNK suku pertama sebanyak 1.6 peratus. Takrifan kemelesetan ialah mempunyai dua perempat pertumbuhan negatif.

Bagaimanapun, menurut pentadbiran Biden angka terbaru itu berdasarkan pertumbuhan KDNK sebanyak 5.7% untuk semua tahun 2021 - pertumbuhan terpantas dalam empat dekad selepas penguncupan 3.5% pada 2020 akibat langkah-langkah pandemik Covid-19.