Kes pertama varian BA.2.75 dikesan di Thailand
Varian itu dikesan pertama kali di India pada Mei lalu dan sudah merebak di beberapa negara.
Terkini
Kes pertama membabitkan varian Omicron BA.2.75 telah dikesan di wilayah Trang, Thailand.
Pusat Perubatan Genom di Hospital Ramathibodi memaklumkan sampel itu dikesan menerusi spesimen yang dikumpul pada 28 Jun.
"Analisis penjujukan genom mengesahkan sampel itu merupakan varian BA.2.75," menurut pusat perubatan itu dalam satu kenyataan.
Varian BA.2.75 yang dikenali sebagai Centaurus pertama kali dikesan di India pada awal Mei dan telah merebak ke Singapura, Jepun, Jerman, United Kingdom, Kanada, Amerika Syarikat, Australia serta New Zealand.
Menurut pakar perubatan, varian BA.2.75 dijangka merebak dengan cepat dan mempunyai keupayaan mengganggu sistem imun yang dihasilkan oleh vaksin.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
Paling Popular
Tiada artikel ditemui.