- Iklan -
Luar Sana

Subvarian Omicron XBB.1.5 punca lebih 90% kes baru Covid-19 di AS

Penularan XBB.1.5 terus meningkat sejak akhir tahun lepas.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Gambar fail tabung uji sampel darah seorang pesakit Coivid-19 yang diambil pada 29 Januari 2020. Gambar: Reuters
Gambar fail tabung uji sampel darah seorang pesakit Coivid-19 yang diambil pada 29 Januari 2020. Gambar: Reuters

Subvarian Omicron XBB.1.5 yang sangat mudah merebak menyumbang lebih daripada 90% kes baru Covid-19 yang dilaporkan di Amerika Syarikat (AS), menurut anggaran terkini Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS.

XBB.1.5 dianggarkan menyumbang 90.2% daripada semua kes Covid-19 di negara ini dalam minggu terbaharu yang berakhir pada 18 Mac, lapor Xinhua.

Angkanya meningkat daripada 88.8% seminggu sebelum dan 86.3% dua minggu sebelumnya. 

Penularan XBB.1.5 juga terus meningkat sejak akhir tahun lepas.

BQ.1.1 yang merupakan virus kedua paling biasa, hanya menyumbang 3.5% pada minggu terkini.

Walaupun XBB.1.5 merebak dengan lebih mudah, saintis berkata ia tidak menyebabkan sakit yang lebih teruk.

Lihat lebih banyak liputan kami dalam hasil carian anda.

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi