- Iklan -
Dunia

Ranil Wickremesinghe dilantik presiden baru Sri Lanka

Beliau menerima 134 undi daripada keseluruhan 225 ahli parlimen.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Pemangku presiden Ranil Wickremesinghe (tengah) melawat kuil Buddha di Colombo pada 12 Mei lalu. Gambar: AFP
Pemangku presiden Ranil Wickremesinghe (tengah) melawat kuil Buddha di Colombo pada 12 Mei lalu. Gambar: AFP

Ahli parlimen Sri Lanka mengundi pemangku presiden Ranil Wickremesinghe sebagai presiden baru pada Rabu, mengharapkan pentadbiran beliau dapat menyelesaikan kemelut krisis ekonomi dan politik yang melanda negara itu.

"Ranil Wickremesinghe dilantik sebagai presiden eksekutif kelapan di bawah perlembagaan," kata setiausaha agung parlimen selepas pengundian selesai.

Kemenangan Wickremesinghe ditentang oleh ramai warga Sri Lanka di mana ia dijangka bakal mencetuskan lebih banyak tunjuk perasaan terhadap kerajaan selepas beberapa bulan mengalami krisis kekurangan bahan api, makanan dan ubat-ubatan.

Calon utama lain bagi jawatan itu, Dullas Alahapperuma dikatakan lebih diterima penunjuk perasaan dan pembangkang namun dianggap tidak mempunyai pengalaman pentadbiran kerajaan yang lebih luas.

Sri Lanka kini berdepan krisis mata dan sangat terdesak untuk mendapatkan bantuan kewangan daripada Tabungan Kewangan Antarabangsa (IMF).

Daripada keseluruhan 225 ahli parlimen, 134 undi diberikan kepada Wickremesinghe dan 82 undi diterima Alahapperuma. 

Calon ketiga presiden, Anura Kumara Dissanayaka, hanya mendapat tiga undi dalam pengundian hari ini.