- Iklan -
Dunia

’Lebih mencabar’, Jack Black teruja bintangi siri baru Kung Fu Panda

Selain Jack Black yang kembali memegang watak Master Po, pelakon James Hong turut kembali menjadi bapa angkatnya, Mr Ping.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
(Dari kiri) pelakon Jack Black, pengarah Peter Hastings, dan penerbit animasi Shaunt Nigoghossian ketika menghadiri tayangan perdana Kung Fu Panda: The Dragon Knight. Gambar: AFP
(Dari kiri) pelakon Jack Black, pengarah Peter Hastings, dan penerbit animasi Shaunt Nigoghossian ketika menghadiri tayangan perdana Kung Fu Panda: The Dragon Knight. Gambar: AFP

Siri francais terbaru animasi popular Kung Fu Panda bakal menemui peminat dengan watak utamanya “Master Po” kembali dibintangi pelakon asal Jack Black.

Tayangan animasi Kung Fu Panda: The Dragon Knight itu akan dilancarkan di platform Netflix pada 14 Julai ini.

Kali terakhir Black merakamkan suara watak popular itu adalah pada 2016 bagi versi filemnya Kung Fu Panda 3 dan filem pendek Secrets of the Scroll.

Dalam sebuah wawancara, Black berkata beliau teruja dan tidak berfikir panjang untuk menerima tawaran Netflix untuk menjayakan siri terbaru animasi itu.

Menurut Black, beliau tertarik dengan tawaran produksi kerana idea siri terbaru Kung Fu Panda lebih menarik dan mencabar.

Siri yang terdiri daripada 11 episod itu turut kembali menggunakan khidmat pelakon James Hong sebagai Mr Ping yang merupakan watak bapa angkat kepada Po.