- Iklan -
Luar Sana

India wajibkan platform penstriman papar amaran tembakau

Walaupun badan pensijilan filem dan televisyen sudah mengurangkan kandungan awam di India, namun undang-undangnya mempunyai sedikit peruntukan untuk menapis kandungan pada platform dalam talian yang popular.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Sebuah telefon pintar dengan logo Netflix terletak di hadapan perkataan 'Perkhidmatan penstriman' yang dipaparkan dalam ilustrasi yang diambil pada 24 Mac 2020. Gambar: Reuters
Sebuah telefon pintar dengan logo Netflix terletak di hadapan perkataan 'Perkhidmatan penstriman' yang dipaparkan dalam ilustrasi yang diambil pada 24 Mac 2020. Gambar: Reuters

India melancarkan garis panduan khusus kepada platform penstriman seperti Netflix dan Amazon Prime Video untuk memaparkan amaran tentang merokok dan bentuk penggunaan tembakau yang lain ketika menyiarkan rancangan dengan adegan sedemikian.

Walaupun badan pensijilan filem dan televisyen sudah mengurangkan kandungan awam di India, namun undang-undangnya mempunyai sedikit peruntukan untuk menapis kandungan pada platform dalam talian yang popular. 

Peraturan Pindaan Rokok dan Produk Tembakau lain pada 2023 mewajibkan platform sedemikian memaparkan "amaran kesihatan anti-tembakau" sekurang-kurangnya 30 saat setiap satu pada permulaan dan pertengahan program, demikian menurut satu notis yang didedahkan daripada Kementerian Kesihatan negara itu. 

Peraturan baharu itu juga mewajibkan platform berkenaan untuk memaparkan amaran kesihatan anti-tembakau sebagai "mesej statik" di bahagian bawah skrin sambil memaparkan produk tembakau pada skrin. 

Ia juga mewajibkan penafian audio-visual tentang kesan buruk penggunaan tembakau.

Undang-undang ketat itu dibuat selepas tinjauan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia mendapati hampir 267 juta rakyat India berumur 15 tahun ke atas menggunakan tembakau. 

"Peraturan baharu India akan memastikan perkhidmatan penstriman bukanlah satu mekanisme untuk sasaran agresif Big Tobacco terhadap belia India," kata Yolonda Richardson, seorang eksekutif daripada badan bukan kerajaan, Campaign for Tobacco-Free Kids. 

Pindaan itu selanjutnya menyatakan bahawa kerajaan Persekutuan akan mengambil tindakan undang-undang secara “suo moto” terhadap tapak penstriman jika mereka gagal mematuhi peraturan baharu.

Reuters cuba mendapatkan komen daripada Netflix dan Amazon Prime Video dan kumpulan perdagangan, Internet & Mobile Association of India (IAMAI), yang mewakili kepentingan beberapa tapak web penstriman namun tidak berjaya.

Peraturan keras itu datang bertahun-tahun selepas kes mahkamah dan aduan yang difailkan kepada polis mendakwa bahawa beberapa kandungan pada platform penstriman adalah berunsur lucah atau menghina sentimen agama.