- Iklan -
Dunia

Bekas PM Jepun Shinzo Abe disahkan maut ditembak

Ia merupakan pembunuhan bekas perdana menteri Jepun kali pertama sejak 1930-an.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang lelaki menyaksikan siaran berita mengenai serangan maut terhadap bekas perdana menteri Jepun Shinzo Abe di Tokyo pada 8 Julai. Gambar: AFP
Seorang lelaki menyaksikan siaran berita mengenai serangan maut terhadap bekas perdana menteri Jepun Shinzo Abe di Tokyo pada 8 Julai. Gambar: AFP

Bekas perdana menteri Jepun Shinzo Abe disahkan meninggal dunia, kata agensi NHK hari ini.

Abe, 67, ditembak oleh seorang suspek lelaki ketika menyampaikan ucapan kempen pilihan raya berdekatan stesen tren di bandar Nara awal hari ini.

Beliau yang dilaporkan mengalami pendarahan teruk dan serangan jantung selepas tembakan dikejarkan ke hospital.

Menurut laporan media, sekurang-kurangnya dua letupan tembakan berturut-turut kedengaran semasa Abe menyampaikan ucapannya.