- Iklan -
Rencana

Saya disuruh diam kerana hilang deposit

Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata setiap kebenaran itu perlu dinyatakan walaupun yang mendengarnya hanya seorang.

Dr Mahathir Mohamad
1 minit bacaan
Kongsi
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Saya dapati sejak selepas pilihan raya, setiap kali saya menegur atau menyatakan kerisauan berkait perkembangan semasa, saya disuruh berehat dan diam kerana kalah di dalam pilihan raya dan hilang deposit.

Saya agak hairan kenapa begitu beria-ia mahu saya tidak bersuara. Dulu dikata saya nyanyuk. Sekarang disuruh diam kerana hilang deposit.

Bagi saya setiap kebenaran itu perlu dinyatakan walaupun yang mendengarnya hanya seorang. Jika tidak ada seorang pun yang mendengar, kebenaran tetap perlu dinyatakan.

Kebenaran bukan monopoli majoriti atau minoriti atau yang tidak hilang deposit. Kalau itulah ukurannya, saya rasa kumpulan minoriti perlu diam dan menerima apa sahaja keputusan majoriti walaupun salah.

Bagi saya, selagi ada nyawa, apa yang tidak betul akan terus saya suarakan walau pahit untuk didengar oleh kumpulan yang tidak hilang deposit.

Dr Mahathir Mohamad adalah bekas perdana menteri.

* Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis yang tidak semestinya mencerminkan pandangan MalaysiaNow