- Iklan -
Kolum

Minggu orientasi Universiti Malaya

Kami mengheret pintu besi ini untuk beberapa ela kemudian kami meninggalkan pintu ini di tepi jalan.

Hishamuddin Rais
6 minute read
Kongsi
columnist picture

Hishamuddin Rais

Semi autobiografi dari Hishamuddin Rais. Antara kisah benar dan kisah lucu. Meniti di garis cerita rekaan dan cerita benar. Labun dari sana dan dari sini. Perjalanan, pertemuan dan perpisahan. Yang tinggal hanya pahatan ingatan yang berkekalan.

“Senior Gentleman, Sir. May I have the privilege to know your name, Sir.”

Aku merendahkan diri.

Aku bertanya ini kerana aku dipaksa bertanya oleh seorang senior.

“Fuck you freshie. I have no time for you. F*** off.” Jawapan yang aku terima dari Senior Gentleman yang tidak suka diganggu.

Dari Senior Lady biasanya aku dapat jawapan yang memberahikan. “Don’t be cheeky freshie.”

Pada tahun 1971 ketika aku masuk ke Universiti Malaya (UM) bukan sahaja pelajar wanita ini dilihat bijak, malah hampir kesemua mereka dipandang cun dan bergetah.

Mereka mengancam testosterone aku yang dua tahun “terkurung”.

Selama dua minggu kami diragging oleh para senior. Para freshie amat senang dikenali. 

Tali leher yang diwajibkan menunjukkan status kami.

Sebenarnya ragging ini pada hemat aku cara terbaik untuk bersuai kenal. 

Bersuai kenal dengan penuh lawak, lucu, kasar, lucah dan berjenaka. 

Memang betul para senior menghamburkan carutan. 

Ini sebenarnya teater marah.  

Bercakap dengan bahasa Inggeris yang belum pernah didengar. 

Kami diajar menyanyi lagu-lagu erotik yang senikatanya lawak lagi memberahikan.

Ini yang romantik:

Meet me tonite,
In the moon lite,
Meet me tonite all alone,
I have a story to tell you,
A story that’s never been told.

Once a Papa meets a Mama,
Under the “jambu” tree,
Say the Papa to the Mama,
Will you marry me.

Atau versi yang erotik :
Ya ya ya ya,
In China they do it for chillies,
Here comes the one, 
Worst than the other one,
Waltzing on his willies.

There was a boy from Japan,
His cock is sitting in his hand,
He is too young to f***,
So he settled it with his hand,
Ya ya ya ya.

Atau yang Melayunya:
Ooo Cik Minah,
Mari kita raba-raba,
Tersalah raba,
Teraba bontot rusa.

Lagu-lagu ini semuanya menggembalikan kenangan ketika zaman muda. 

Zaman Uda baru mengenal Dara. 

Zaman di mana Uda masih belum tahu lagi apa yang ada dalam kain sarung Dara.

Minggu kedua orientasi seorang “gentleman” mementaskan satu teater.  

Pada malam itu satu kumpulan freshie lelaki termasuk aku dibawa ke Kolej Ketiga.  

Ini kolej khusus untuk siswi.

Di hadapan pintu masuk Kolej Ketiga kami para freshie mula menyanyi lagu Kolej Kelima, “We Are Fifth Collegian”.  

Tidak ada apa apa reaksi dari warga Kolej Ketiga.

Dari lagu itu kami beralih ke lagu erotik. 

Tidak juga ada respons. 

Tiba-tiba Ah Chai yang menjadi tok penghulu kaki ragging malam itu mengarahkan kami membuka pintu pagar.  

“Take off the gate.” Ah Chai memberi arahan.

Bukan membuka pintu pagar untuk masuk tetapi mencabut pintu pagar untuk dibawa pulang ke Kolej Kelima.

Kami mengheret pintu besi ini untuk beberapa ela kemudian kami meninggalkan pintu ini di tepi jalan.

Satu kerja bodoh. Tapi menyeronokkan ketika kami melakukannya. 

Ada perasaan macho jantan. Ada perasaan bebal bodoh. 

Tapi semua yang kami lakukan kami anggap normal kerana kami ini pelajar universiti. 

Kami bukan dari Universiti Kebangsaan Malaysia atau Universiti Pulau Pinang. 

Kami dari Kolej Kelima UM.

Kolej terulung lagi hebat di UM. 

Mengenang kembali apa yang berlaku semasa minggu orientasi Kolej Kelima aku tersenyum ketawa dengan penuh nostalgia.

Hari akhir minggu orientasi lebih menakjubkan. Semua situasi berubah. 

Pada petang itu kami para freshie diberi pelung untuk mengorientasi para senior.

Apa saja yang diminta oleh freshie akan dilakukan para senior. Dunia beralih.

Ahli jawatankuasa orientasi cukup sporting. 

Antara mereka ada Kutubudin, Johari, Tengku Muhamad, Shah, Jamil, Ah Chai, Bozo, Kuldip Singh, Zaman Khan dan Apek, semuanya menjadi bahan lawak diragging oleh freshie.

Yang menyeronokkan kami, semua para senior akan mengikut apa saja yang freshie arah. 

Suruh duduk bersila mereka bersila. 

Suruh ketuk ketampi mereka lakukan tanpa membantah.

“Bark like a dog.” Aku memberi arahan kepada Kuldip Singh.

“Huh huh huh.”

“Fuck you Bengali. You must walk on four feet.” Aku memberi arahan.  

Kuldip merangkak sambil menyalak di dataran depan dewan makan.

Kami para freshie ketawa terbahak-bahak kerana kali ini kami pula yang membuli senior.

Aku ingat lagi petang itu. 

Ada jurugambar dan wartawan dari akhbar New Straits Times (NST).

Esoknya ada berita muncul dalam NST tentang hari akhir minggu orientasi di Fifth College.

Hujung minggu untuk merayakan tamatnya orientasi ada “informal”. 

Ini majlis tari menari yang di jalankan dalam dewan makan.  

Kami para freshie lelaki dan perempuan diwajibkan hadir. Kami bersosial. 

Kami menari. Kami berdansa. Kami bertwist. Kami ber”a-go go”. Kami berjoget.

Malam itu aku seronok menari terutama irama waltz. 

Kugiran Fitth Collge bernama Fifth Sound membawa lagu-lagu pop dan rock.

Pemain muzik terdiri daripada Helmi, Ariff Bakar dan konco-konco dari Kolej Kelima. 

Shahgul Hamid penyanyi Bakat TV. Shagul bukan warga asrama menjadi penyanyi jemputan.

Malam informal adalah malam jantan mencuba nasib. 

Terutama bila irama waltz bermain. Mana tahu kalau pintu rezeki terbuka maka cinta akan berputik.

Hamzah Ros bertemu Siti Hawa di minggu orientasi. Berpacar, bercinta, berijazah, berkahwin dan bahagia sampai ke anak cucuk.

Tapi ini bukan jalur aku. 

Hishamuddin Rais masih membujang.

Malam itu, Gan siswa sains dari Melaka telah dinobat menjadi “Freshie King”. Sementara Santhi Nair dinobat sebagai “Freshie Queen”. 

Pada hujung minggu kedua orientasi Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) juga mengadakan sambutan. 

PMUM mengadakan konsert di Dewan Tunku Canselor (DTC).  

Setiap kolej membawa persembahan dari freshie untuk dipertandingkan.

Konsert Orientasi PMUM 1971 paling hebat lagi bersejarah. 

Juruhebah malam itu Vicky Skelchy. 

Gadis bergetah bersuara lunak ini dilanggan khas oleh PMUM dari barisan DJ Radio Malaysia.

Malam itu Kolej Keempat dengan bangga mendatangkan freshie bernama Michael Tan untuk bermain piano. 

Sosok ini adalah pemenang Rancangan Bakat TV, RTM 1970.

Bila saja si Tan bermain piano kami di bawah pentas bersorak dan menyanyikan lagu “Daisy Daisy”, ini lagu anthem Universiti Malaya. 

Kami melaung kuat sambil menyanyi untuk memastikan ketukan piano dari Tan tidak  dapat didengar.

DJ Vicky datang ke mic untuk meredakan keadaan. 

“Please give Michael a chance.” Vicky meminta penonton jangan membuat bising.

Tiba-tiba tisu jamban terbang ke arah Vicky.  

Roket kertas juga mula berterbangan menuju Vicky.

Di bawah pentas freshie dari Kolej Kedua dan Kolej Kelima terus bergasak menyanyikan lagu anthem masing-masing. 

Lawan berlawan menyanyi beramai-ramai. Semua yang berlaku ini terkeluar dari program rasmi  yang telah diatur.
 
DTC gegak gempita. Minggu orientasi 1971 tamat dengan konsert gagal di DTC.

Esoknya Naib Canselor UM Ungku Aziz membuat kenyataan. 

Apa yang berlaku itu menurut Ungku Aziz adalah: “anti-intelektual dan anti-akademik”.

Akhbar melaporkan kenyataan Ungku Aziz ini. 

Sebulan kemudian untuk merasmikan dan menyambut kedatangan pelajar baru PMUM mengadakan “Freshie Ball”. 

Malam dansa orientasi PMUM ini diadakan setelah minggu orientasi di asrama selesai.

Hakikatnya freshie sudah berkenalan sesama sendiri dan juga dengan senior.  

Suai kenal berjalan mesra. Maka malam mesra berdansa dianjurkan.

Aku membaca iklan Freshie Ball 1971. Ada juga terpasang niat nak bersama. 

Tapi ada dua batu penghalang. 

Pertama, wajib membeli tiket berharga RM15. 

Kedua, wajib datang berpasangan.

Harga tiket RM15 ini boleh diselesaikan. 

Tapi mencari pasangan untuk berdansa satu perkara yang agak sulit untuk aku selesaikan. 

Mencari pasangan untuk ke Freshie Ball? Satu yang belum pernah aku lakukan. 

Berdansa malam informal agak mudah. Bukan saja percuma malah tidak perlu membawa pasangan. 

Informal bukan majlis tari menari.  

Majlis Ball, bukan saja wajib berpasangan malah wajib mengenakan pakaian “evening dress”, macam “Mat Salleh” dan “Minah Salleh” dari London.

Aku tidak pergi menyertai Freshie Ball 1971.  

Aku difahamkan acara “grand finale” malam itu ialah menobatkan “Freshie Queen”, pelajar perempuan tercantik tahun 1971.

Sebelum tengah malam, sebelum majlis dansa tamat, aku dan Adi Satria singgah ke DTC. Kami pulang dari Medan Selera Petaling Jaya.

Sebagai freshie aku juga budak kampung, tak pernah melihat majlis tari menari. 

Tak tahu apa itu Ball. 

Aku dan Adi memberhentikan motorsikal dan menghampiri dinding gelas dewan. Dari tempat yang tidak ditutup oleh kain langsir aku nampak dewan yang agak gelap.

Pentas agak cerah. Aku ternampak kugiran sedang berehat. 

Ketika ini pertandingan Freshie Queen sedang berjalan.

Di luar dewan aku mendengar suara DJ.

Bayangkan malam itu Freshie Queen 1971 Universiti Malaya ialh Santhi Nair.   

Kami kenal Santhi kerana dia sama-sama freshie dengan kami. 

Santhi Nair warga Kolej KeLima. Amin.

Selesai orientasi aku mula mengikuti kuliah.  

Satu pagi aku menapak dari Dataran Sastera ke DTC. 

Aku  ternampak poster terlekat  di batang pokok  di tepi jalan. 

Poster bertulisan merah: “Kelab Sosialis, Ceramah Karam Singh dan Tajuddin Kahar. Bekas tahanan ISA”.  

Mata aku terbuka. 

Akhirnya aku sampai juga ke tujuan asal aku. 

Orientasi, informal, Ball dan ragging ini hanya selingan sementara. 

Poster yang aku baca itu ialah tujuan asal aku untuk masuk ke UM.