- Iklan -
Rencana

Harapan Umno bebaskan kleptokrat jika menang PRU15

Tumpuan kerajaan Umno ialah mendapatkan pengampunan bagi Najib Razak dan menggugurkan kesnya yang sedang dibicarakan.

Dr Mahathir Mohamad
1 minit bacaan
Kongsi
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berucap dalam perhimpunan MIC di Kuala Lumpur pada 10 Oktober. Gambar: Bernama
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berucap dalam perhimpunan MIC di Kuala Lumpur pada 10 Oktober. Gambar: Bernama

Mengikut kenyataan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, perjuangan Umno-BN hanya untuk selamatkan pemimpin mereka dari dipenjara atau dikenakan hukuman kerana mereka sudah melakukan jenayah.

Tumpuan kerajaan Umno apabila menang ialah mendapatkan pengampunan bagi Najib Razak dan menggugurkan kesnya yang sedang dibicara.

Dengan itu ketua kleptokrat boleh menjawat jawatan perdana menteri.

Kes terhadap Zahid akan digugur. Demikian juga kes-kes terhadap pemimpin Umno-BN yang lain. Inilah harapan Umno jika menang.

Pemulihan ekonomi negara, penghapusan rasuah, kestabilan politik, pertambahan peluang kerja, bantuan kepada rakyat miskin, mengatasi masalah orang Melayu dan kaum lain dan banyak lagi tidak disebut oleh Zahid, atau tidak diutamakan.

Sebaliknya Pejuang serta rakan-rakannya tidak terlibat dengan jenayah. Berjuang untuk bangsa, negara dan agama.

Usaha akan dibuat bagi meringankan masalah yang dihadapi oleh rakyat.

Pejuang tidak bertanding kerana menyelamatkan diri atau untuk dapat duit.

Dr Mahathir Mohamad adalah bekas perdana menteri Malaysia.

* Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis yang tidak semestinya mencerminkan pandangan MalaysiaNow

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.