- Iklan -
Kolum

Perubahan mendadak dalam realiti politik Malaysia

Umno juga terpaksa berubah caranya bagi menghadapi realiti ini.

Pak Zin
4 minute read
Kongsi
columnist picture

Pak Zin

Zin Mahmud mempunyai pengalaman lebih tiga dekad sebagai seorang wartawan kanan. Beliau merupakan bekas editor Mingguan Malaysia, ketua editor Utusan Karya, editor kumpulan Harakah, editor Harian Watan, dan penerbit majalah Dunia Islam. Buku beliau – Ideologi, Sebuah Memoir – menceritakan pelbagai dilema yang dihadapinya dalam era penuh peristiwa dan pertembungan ideologi.

Minda manusia mempunyai kecenderungan untuk menerima perkara yang ringkas berbanding sesuatu yang kompleks.

Tetapi realiti dunia adalah kompleks.

Akibatnya, manusia perlu berusaha lebih untuk menghadapi keadaan kompleks.

Begitulah juga dalam menghadapi persaingan politik kepartian menjelang pilihan raya.

Dari sejak merdeka, persaingan yang berlaku adalah antara parti kerajaan dengan pembangkang.

Parti kerajaan adalah Umno dan sekutunya. Manakala pihak pembangkng ialah semua parti yang menentang kerajaan.

Keadaan ini ringkas dan mudah difahami.

Walaupun pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada tahun 2018, Barisan Nasional (BN) kalah dan Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan, tetpi realiti politik msih ringkas.

Pembangkang lawan kerajaan.

Tetapi realiti mula menjadi kompleks apabila berlaku Langkah Sheraton.

Ia bertambah kompleks dengan tumbangnya kerajaan pimpinan Bersatu diikuti dengan pilihan raya negeri (PRN) Melaka.

Kini ketika berdepan dengan PRN Johor, realiti politik baru ini wajar diterima dan bukannya dihalang.

Apakah realiti baharu politik ini?

Kerajaan negeri Johor sebelum dibubarkan terdiri daripada kerjasama antara BN dan Perikatan Nasional (PN).

Pembangkangnya pula adalah PH.

Sedangkan mandat rakyat asalnya ialah PH, yang kerajaannya tumbang apabila Bersatu keluar dan bekerjasama dengan BN dan PAS.

Sememangnya dengan terbubarnya Dewan Undangan Negeri (DUN), maka kerajaan dan pembangkang sudah tiada.

Semua parti adalah setaraf walaupun kerajaan lama menjadi pemangku untuk pentadbiran.

Tetapi kalau dulu anggapannya ialah kerajaan negeri sebelumnya akan kembali berkuasa kerana pembangkang tidak ada peluang untuk menang.

Tetapi realiti baharu sekarang adalah berbeza.

Parti yang sebelum ini adalah kerajaan bersaing satu sama lain, iaitu antara BN dan PN.

Sementara adanya pihak yang menentang mereka juga menjadikan suasana politik lebih kompleks.

Keputusan PH untuk bertanding dengan dua lambang menambahkan lagi keadaan kompleks itu.

PKR menggunakan lmbang sendiri.

Amanah dan DAP menggunakan logo PH.

Ditambah pula keadaan di mana Muda bertanding di kawasan yang asalnya diperuntukkan kepada Amanah dan DAP, walaupun parti itu bukan anggota PH.

Parti lain yang tidak menyertai PH tetapi turut bertanding dalam PRN Johor adalah Pejuang.

BN tentunya mengharapkan supaya politik negeri akan kembali kepada realiti lama, iaitu mereka menjadi kerajaan, dan pihak lain kekal sebagai pembangkang.

Sebab itu, ada pemimpin Umno menegaskan bahawa hanya mereka mengenali rakyat dan negeri Johor, dan mampu mentadbirnya dengan berkesan seperti dulu.

Tentulah tidak dapat dipastikan sama ada rakyat Johor akan memilih semula BN atau tidak.

Untuk mengatakan bahawa Umno lebih mengenali rakyat dan negeri Johor berbanding parti lain mungkin mempunyai kebenarannya.

Tetapi Bersatu yang asalnya dari Umno juga mempunyai pengalaman yang serupa.

Walaupun ia merupakan parti jauh lebih muda daripada Umno tetapi pengalaman pemimpinnya adalah serupa.

Tetapi kenyataan bahawa Umno mentadbir Johor dengan baik dan berkesan boleh dipertikaikan.

Ini kerana kekalahan BN dalam PRU14 menunjukkan rakyat mahukan perubahan dan mereka bersedia menghentikan pentadbiran Umno yang sudah begitu sebati.

Kerajaan negeri PH berusaha untuk membawa perubahan.

Banyak cabaran yang ia hadapi sebagai pentadbir.

Tetapi penilaian tidak boleh dibuat terhadap kerajaan mereka itu kerana ia tumbang sebelum mandat rakyat beraakhir.

BN yakin boleh menang kerana merasakan penyokong-penyokong mereka yang mengundi PH akan kembali; senario ini disaksikaan dalam PRN Melaka.

Sementara pihak yang menentangnya pula berpecah-belah.

Bersatu dalam PN pula akan menentang bukan saja BN tetapi PH.

Undi untuk PH pada tahun 2018 sudah berpecah oleh kerana ada penyokong PKR beralih kepada Bersatu.

Ada antara penyokong PH pula bersama Pejuang.

Sungguhpun begitu PKR yakin mereka boleh meraih banyak undi tanpa Bersatu dan Pejuang.

Sebab itu mereka mahu PH menggunakan logo PKR seperti pada tahun 2018.

Melihat perselisihan pendapat para penyokong yang tergambar dalam media sosial, maaka dapat dikesan adanya pergeseran antara PKR dengan Amanah-DAP.

Kemudian masuk pula Muda yang asal-usulnya juga merupakan hasil perpecahan Bersatu.

Kalau Pejuang mempunyai fahaman politik yang sama dengan Bersatu dan Umno, Muda atau nama rasminya, Ikatan Demokratik Malaysia Bersatu bersifat pelbagai kaum.

Fahaman Muda adalah lebih hampir dengan PKR dan DAP.

Tetapi tengok gayaanya, penyertaan Muda dalam “khemah besar” PH tidk disenangi oleh banyak kalangan penyokong dan aktivis PKR.

Lagipun gagasan “khemah besar” ini lebih disebut-sebut oleh Amanah-DAP berbanding dengaan pihak PKR.

Bagi pendokong “khemah besar”, usaha untuk melawan BN ialah menyatukan penentang penentangnya dalam satu persefahaman, untuk meliputi parti-parti Muda, Pejuang dan Warisan.

Ini kerana bagi mereka kemenangan PH dahulu adalah kerana ia berupa suatu “khemah besar” yang merangkul Bersatu pimpinan Dr Mahathir Mohamad sedangkan asalnya PH hanya terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah.

Tetapi bagi sebahagian besar penyokong PKR, mereka mencurigai “khemah besar” kerana mengesyaki ia merupakan “kuda trojan” penyokong Mahathir untuk menghalang Anwar Ibrahim jadi perdana menteri.

Mereka serik dengan pengkhianatan kumpulan Mohamed Azmin Ali yang kini dalam Bersatu dan juga terhadap Mahathir sendiri.

Bukan saja mereka menolak kerjasama dengan Pejuang tetapi juga Muda dan Warisan.

Mereka kesal dengan sikap Amanah dan DAP yang suka kepada “khemah besar.”

Tetapi bgi Amanah dan DAP, kehadiran Muda wajar diraikan kerana jika tidak, undi yang akan mereka perolehi menjadi ancaman kepada PH.

Sesiapapun tidak dapat tahu kekuatan Muda kerana mereka belum diuji.

Tetapi faktor undi orang muda adalah besar kali ini.

Sememangnya semua parti yang ada mempunyai sayap pemuda dan pemudi.

Tetapi Muda dipimpin oleh tokoh pemuda, Syed Saddiq Abdul Rahman sementara sayap pemuda parti masih perlu berada di bawah kepimpinan orang tua.

Inilah antara ciri-ciri realiti baru politik yang rakyat Malaysia perlu hadapi.

Keadaan di mana ahli politik tua memegang sesuatu kawasan berpenggal-penggal lama sedang dicabar.

Umno juga terpaksa berubah caranya bagi menghadapi realiti ini.

Pihak BN dan PN juga mengalami keadaan kompleksnya.

PN terdiri daripada Bersatu, PAS dan Gerakan.

Keyakinan terhadap Bersatu terjejas dengan ada ahli politiknya kembali kepada Umno.

Bersatu merupakan gabungn pengikut Muhyiddin Yassin dan Azmin yang berasal dari PKR.

Tetapi ada penyokong Azmin menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) yang mengumumkan akan bertanding dua kerusi DUN.

PAS pula bersama PN dalam PRN Johor setelah diketepikan Umno.

Gerakan pula tidak kelihatan bersungguh hendak melawan DAP.

Tetapi MCA ada juga berusaha hendak memecah dominasi DAP.

Kalau DAP boleh dilemahkan di Sarawak, mengapa pula tidak di Johor.

Untuk itu, beberapa perubahan polisi parti cuba diutarakan untuk menarik undi Cina.

Bagi Umno, tumpuan mereka tetap pada pengundi Melayu.

Umno mahu mengembalikan Melayu pada keadaan di mana mereka medokong dasar parti dan memperoleh manfaat daripada agenda asal.

Untuk itu, Umno Johor wajar melepaskan diri daripada kesilapan atau isu yang menyebabkan kedudukan mereka di peringkat pusat begitu rendah pada mata rakyat.

Tetapi realiti politik Johor hari ini tidak seperti dulu.

Dari Johor Bahru hingga ke Muar, ramai orang Melayu yang sudah berfikiran berbeza dari generasi sebelumnya.

Terdapat juga orang Melayu yang berhijrah dari negeri lain.

Selain daripada pendidikan yang lebih tinggi berbanding dahulu tentulah Johor zaman Onn Jaafar tidak sama dengan era kini yang mana orang Melayu berupaya menolak Umno.

Realiti politik Johor sudah menjadi kompleks.