- Iklan -
Berita

‘Hari hitam Parlimen Malaysia’ kata Radzi selepas dituduh PM

Ahli Parlimen Putrajaya itu berkata beliau dituduh tanpa sebarang bukti oleh Anwar Ibrahim yang mengulas mengenai keputusan lepas tanpa bebas timbalannya, Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Mustakim Zulkifli
1 minit bacaan
Kongsi
Ahli Parlimen Putrajaya Radzi Jidin pada sidang media di luar Dewan Rakyat hari ini, 19 September.
Ahli Parlimen Putrajaya Radzi Jidin pada sidang media di luar Dewan Rakyat hari ini, 19 September.

Ahli Parlimen Putrajaya Radzi Jidin menyelar tindakan Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang memberi bayangan beliau terlibat dengan rasuah ketika menggulung perbahasan di Dewan Rakyat petang tadi.

Sambil menyifatkan hari ini sebagai “hari hitam buat Parlimen Malaysia”, Radzi berkata beliau dituduh tanpa sebarang bukti oleh Anwar yang mengulas mengenai keputusan lepas tanpa bebas (DNAA) Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi.

"Saya bangun minta Tambun tarik balik kerana melibatkan tuduhan terhadap saya. Tetapi speaker (Johari Abdul) tanya adakah dia (Anwar) yakin.

"Kalau nak cakap yakin, saya pun yakin macam-macam," katanya pada sidang akhbar di Parlimen. 

Terdahulu, ahli-ahli Parlimen pembangkang bertindak keluar Dewan Rakyat selepas mendakwa Johari tidak berlaku adil kepada Putrajaya.

Radzi juga tidak menerima jawapan Anwar yang mengatakan perkataan “Putrajaya” merujuk kepada pentadbiran Putrajaya dan bukannya dirinya. 

Beliau semasa dalam Dewan Rakyat turut membalas semula dengan menyatakan “Saya yakin Tambun peliwat”, merujuk kepada hukuman penjara terhadap Anwar kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.