- Iklan -
Berita

Ribuan hadir perhimpunan 'Selamat Malaysia', laporan polis dibuat terhadap keputusan DNAA Zahid

Kumpulan itu kemudiannya berarak ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Anggota Unit Amal mengiringi peserta perhimpunan 'Selamatkan Malaysia' ketika bergerak dari Kampung Baru ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi untuk membuat laporan polis di Kuala Lumpur, 16 September.
Anggota Unit Amal mengiringi peserta perhimpunan 'Selamatkan Malaysia' ketika bergerak dari Kampung Baru ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi untuk membuat laporan polis di Kuala Lumpur, 16 September.

Ribuan hadir ke perhimpunan Selamatkan Malaysia di Kampung Baru, Kuala Lumpur hari ini bagi menyatakan ketidakpuasan hati mereka berhubung keputusan mahkamah melepas tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi. 

Mereka berkumpul di Masjid Kampung Baru selepas solat Zohor dengan berpakaian baju putih sambil membawa plakad "Dakwa Zahid". 

Kumpulan itu kemudiannya berarak ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi. 

Laporan polis akan dibuat oleh Sekretariat Selamatkan Malaysia, Tun Faisal Ismail Aziz. 

Antara aktivis yang hadir termasuk Badrul Hisham Shaharin yang dibebaskan selepas ditahan beberapa hari lalu untuk diambil keterangan, Ketua Penerangan Bersatu Razali Idris dan Ketua Penerangan Pejuang Rafique Rashid. 

Terdahulu Tun Faisal dalam ucapannya berkata tiada perhimpunan diadakan. 

"Kita hendak menyuarakan hasrat hati yang dijamin Perlembagaan, bahawa ada benda yang tak kena apabila Zahid diberikan DNAA. 

"Sebelum pilihan raya janji nak penjarakan Zahid, bukan bawa ke Putrajaya."