DAP janji tidak ganggu agama Islam, kata Zahid
Pengerusi Barisan Nasional itu berkata DAP menghormati sepenuhnya kedudukan Islam seperti yang termaktub dalam perlembagaan.
Terkini
Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi berkata DAP telah memberi komitmen bahawa parti itu sentiasa menghormati agama Islam sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Beliau berkata perkara itu telah dinyatakan oleh Setiausaha Agung DAP Anthony Loke semasa penubuhan Kerajaan Perpaduan yang merangkumi Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) serta rakan gabungan dari Sabah dan Sarawak.
"Allah telah takdirkan kombinasi antara Perdana Menteri Anwar Ibrahim, saya mewakili UMNO dan BN dibantu Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Abang Johari Abang Openg, Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Hajiji Noor serta Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Mohd Shafie Apdal.
"Anthony Loke telah berjanji depan kami semua bahawa DAP tidak akan pernah ganggu agama Islam di Malaysia kerana DAP sangat menghormati kedudukan agama Islam sebagaimana dalam Perlembagaan Malaysia," katanya dalam sidang media selepas hadir Program Pemimpin Bersama Masyarakat di Perumahan Nelayan Tok Bali di Pasir Puteh hari ini.
Turut hadir Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Umno Pasir Puteh Zawawi Othman.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
