- Iklan -
Berita

Semua 19 calon Muda isytihar aset menjelang PRN

Mereka juga telah mengemukakan akuan berkanun serta liabiliti terkumpul.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Calon Muda bagi DUN Taman Templer, Aida Nazeera Abd Rahman (tengah), bergambar bersama penyokong di luar pusat penamaan calon di Selayang, 29 Julai. Gambar: Bernama
Calon Muda bagi DUN Taman Templer, Aida Nazeera Abd Rahman (tengah), bergambar bersama penyokong di luar pusat penamaan calon di Selayang, 29 Julai. Gambar: Bernama

Kesemua 19 calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini mengisytiharkan semua aset, termasuk senarai aset dan liabiliti terkumpul dalam akuan berkanun (SD) dan boleh diakses umum melalui laman sesawang parti itu, undimuda.my.

Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata pengisytiharan aset itu dilaksanakan secara telus dan calon-calon yang mengisytiharkan aset turut terikat dengan SD yang telah ditandatangani.

“Ini adalah proses tadbir urus baik yang Muda letakkan sebagai prasyarat sebelum mereka dipilih secara rasmi untuk mewakili Muda pada PRN.

Apabila dibuat melalui proses pengisytiharan aset melalui SD, kami bertanggungjawab terhadap SD itu dan kita semua tahu tidak boleh tipu dalam SD, tindakan boleh diambil. Pada masa yang sama, kami juga terbuka  dan rakan-rakan media lain boleh lihat juga, saya rasa ini adalah adil,” katanya kepada pemberita di Petaling Jaya, hari ini.

Syed Saddiq berkata proses pengisytiharan aset ini penting kerana ia meletakkan sudut kebertanggungjawapan kepada mereka yang menyertai politik.