- Iklan -
Berita

Azmin ketuai 56 calon PN di DUN Selangor

Azmin ke Hulu Klang, Rina Harun tanding Batu Tiga.

Ahmad Mustakim Zulkifli
1 minit bacaan
Kongsi
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin bersama pemimpin dan calon PN bagi Pilihan Raya Negeri Selangor di Taman Medan, Selangor pada 26 Julai.
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin bersama pemimpin dan calon PN bagi Pilihan Raya Negeri Selangor di Taman Medan, Selangor pada 26 Julai.

Perikatan Nasional (PN) mengumumkan senarai 56 calon yang akan berentap merebut kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, setelah proses rundingan yang memakan masa berbulan-bulan.

Keputusan diumumkan oleh Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin di Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor malam ini.

"Mereka mesti melepasi saringan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Insolvensi.

“Empat agensi ini sudah membuat saringan dan semua nama ini melepasi saringan," katanya ketika mengumumkan calon.

Pengerusi PN Selangor Mohamed Azmin Ali bertanding di Hulu Kelang. 

Sebelum ini beliau bertanding di kerusi DUN Bukit Antarabangsa.

Azmin akan bertemu dengan Juwairiya Zulkifli yang mewakili Pakatan Harapan (PH).

Penyokong memegang poster Ketua Wanita PN Rina Harun.
Penyokong memegang poster Ketua Wanita PN Rina Harun.

Ketua Wanita PN Rina Harun, akan bertanding di DUN Batu Tiga. 

Sementara Setiausaha PN Selangor Dr Afif Baharudin ditugaskan merampas kerusi DUN Taman Medan.

Pengerusi PAS Selangor Dr Ahmad Yunus Hairi kekal mempertahankan kerusi Sijangkang yang dipegangnya sejak 2008.

Bersatu memenangi enam kerusi DUN pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu dan kini mempunyai empat kerusi setelah dua daripada Adun mereka melompat parti kepada Pejuang.