- Iklan -
Berita

Kerajaan lancar eBeliaRahmah, beri RM200 kepada belia 18-20 tahun

Ia bagi memupuk budaya pembayaran tanpa tunai dalam kalangan belia selain meringankan beban kewangan golongan berkenaan.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Pemberian kredit e-tunai bernilai RM200 bertujuan memupuk budaya pembayaran tanpa tunai dalam kalangan belia selain meringankan beban kewangan golongan berkenaan dan pelajar IPT sepenuh masa.
Pemberian kredit e-tunai bernilai RM200 bertujuan memupuk budaya pembayaran tanpa tunai dalam kalangan belia selain meringankan beban kewangan golongan berkenaan dan pelajar IPT sepenuh masa.

Kerajaan akan melancarkan program eBeliaRahmah bermula 26 Jun ini bagi memupuk budaya pembayaran tanpa tunai dalam kalangan belia selain meringankan beban kewangan golongan berkenaan dan pelajar IPT sepenuh masa.

Menurut Kementerian Kewangan belia berumur 18 hingga 20 tahun atau pelajar sepenuh masa di Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang layak akan menerima RM200 dalam bentuk kredit e-tunai secara ‘one-off’.

“Tempoh pendaftaran dan tuntutan eBeliaRahmah adalah mulai 26 Jun 2023 sehingga 22 Ogos 2023.

“Pendaftaran boleh dibuat dengan salah satu daripada tiga penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat iaitu Boost, Setel dan Touch ‘n Go eWallet,” menurut Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan di Facebook.

Program eBeliaRahmah merupakan satu inisiatif kerajaan yang telah diumumkan di bawah Belanjawan 2023 oleh Kementerian Kewangan.

Ia dijangka memanfaatkan sekitar dua juta belia Malaysia, menerusi tawaran kredit eBeliaRahmah bernilai RM200 yang boleh digunakan bagi pembelian fizikal melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terpilih.