- Iklan -
Berita

Kerajaan kekal walaupun blok besar tinggalkan gabungan, kata Rafizi

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli menepis dakwaan kerajaan pusat akan tumbang selepas Pilihan Raya Negeri.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata terdapat lebih 2 juta cubaan serangan ke atas PADU minggu lalu.
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata terdapat lebih 2 juta cubaan serangan ke atas PADU minggu lalu.

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli hari ini menepis dakwaan kerajaan pusat pimpinan Anwar Ibrahim akan tumbang selepas Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Secara logiknya bagaimana perkara ini boleh berlaku selepas pilihan raya negeri? Undi tidak percaya tidak akan berlaku, lompat parti tidak boleh, dan sekiranya blok besar meninggalkan kerajaan campuran, kerajaan masih kekal, ia ‘numerically difficult’,” katanya pada sidang media selepas sesi libat urus Kementerian Ekonomi dan Jabatan Wilayah Persekutuan di Putrajaya hari ini.

Razifi yang juga timbalan presiden PKR berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man baru-baru ini yang dilaporkan berkata PRN kali ini amat unik dan boleh menggugat kerajaan pusat jika Perikatan Nasional (PN) mampu memperoleh kemenangan di lima daripada enam negeri yang akan mengadakan PRN.

PRN akan berlangsung di enam negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Selangor.

Ditanya mengenai pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) antara Pakatan Harapan dan Barisan Nasional bagi menghadapi PRN berkenaan, Rafizi berkata setakat ini rundingannya hampir 98% selesai. 

"Ada sedikit pertindihan namun ia akan dimuktamadkan kemudian," katanya.