- Iklan -
Berita

Anwar digesa bawa isu kalimah Allah kepada MKI, kata Sultan Selangor

Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah ini kerana majlis itu dipertanggungjawabkan untuk memberi nasihat kepada Raja-raja Melayu mengenai pentadbiran agama Islam di peringkat Persekutuan.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Perdana Menteri Anwar Ibrahim (kiri) and Sultan Sharafuddin Idris Shah. Gambar: Facebook
Perdana Menteri Anwar Ibrahim (kiri) and Sultan Sharafuddin Idris Shah. Gambar: Facebook

Sultan Selangor menitahkan Anwar Ibrahim supaya membawa isu menarik balik rayuan keputusan penggunaan kalimah “Allah” oleh bukan Islam ke Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) terlebih dahulu untuk dibincangkan sebelum dipersembahkan kepada Majlis Raja-raja.

Perkara itu diputuskan selepas perdana menteri mengadap dan menyembah taklimat Sultan Sharafuddin Idris Shah di Idris Shah di Istana Alam Shah, Klang hari ini.

Sultan Sharafuddin dalam satu kenyataan berkata ini kerana majlis itu dipertanggungjawabkan untuk memberi nasihat kepada Raja-raja Melayu mengenai pentadbiran agama Islam di peringkat Persekutuan.

"Beta percaya pandangan MKI adalah penting untuk dimajukan kepada Majlis Raja-raja dalam menetapkan dasar muktamad berhubung penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam di Malaysia," kata Sultan Selangor sambil menambah Anwar bersetuju untuk berunding dengan MKI mengenai isu itu pada Ogos sebelum dibawa kepada Raja-raja Melayu pada Oktober.

Sultan Selangor menggesa semua pihak supaya menghormati peruntukan Perlembagaan mengenai kuasa Raja-raja Melayu dalam hal agama Islam. 

Baginda turut menggesa agar perkara itu tidak dipolitikkan dan menunggu keputusan Majlis Raja-raja.

MENYUSUL LAGI