- Iklan -
Berita

Kit Siang antara 26 penerima anugerah kedua tertinggi sempena Hari Keputeraan Agong

Beliau akan bergelar Tan Sri bersama ahli perniagaan, ahli politik dan beberapa penjawat awam.

Staff Writers
2 minit bacaan
Kongsi
Veteran DAP Lim Kit Siang menerima Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota yang membawa gelaran 'Tan Sri'.
Veteran DAP Lim Kit Siang menerima Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota yang membawa gelaran 'Tan Sri'.

Veteran DAP Lim Kit Siang dan Johari Abdul dari PKR adalah antara ahli politik yang dianugerahkan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM), anugerah kedua tertinggi Persekutuan yang membawa gelaran "Tan Sri".

Turut tersenarai dalam 26 penerima yang dikurniakan pingat tersebut adalah termasuk bekas Mursyidul Am PAS Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mereka adalah antara 839 individu yang akan dikurniakan anugerah, penghormatan dan pingat Persekutuan sempena hari keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini. 

Turut menerima gelaran Tan Sri ialah Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Abdul Rahman Sebli; Hakim Mahkamah Persekutuan Nallini Patmanathan dan bekas hakim Mahkamah Persekutuan Mohd Zawawi Salleh.

Senarai ahli perniagaan yang menerima gelaran Tan Sri ialah Pengarah Urusan Kumpulan Engtex Ng Hook, Pengarah Urusan Kumpulan Maxim Global Gan Seong Liam; Pengerusi DPS Resources Sow Chin Chuan; Pengerusi Eksekutif Kumpulan Yuwang See Hong Cheen @ See Hong Chen; Pengerusi Battersea Power Station Holding Company Limited Jaganath Derek Steven Sabapathy; Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom Syed Faisal Albar Syed AR Albar; Pengerusi Perusahaan Sadur Timah Malaysia Wee Hoe Soon @ Gooi Hoe Soon; Pengarah Urusan Winfast Group of Companies Chee Chan Yau @ Cheah Chan Yau; Pengarah Urusan Kumpulan Ming Heng Motor Koh Chui Ming; Pengarah Urusan Cergas Murni Paul Latimer; Pengerusi Eksekutif Bermaz Auto Yeoh Choon San; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat KK Land Kong Hoi Chieng; dan Pengarah Urusan Twin Arrow Fertilizer Sdn Bhd Lau Kuan Kam.

Individu lain yang menerima gelaran Tan Sri ialah Panglima Tentera Laut Laksamana Abdul Rahman Ayob; Panglima Tentera Darat Jeneral Mohammad Ab Rahman; bekas menteri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Anifah Aman; dan penyanyi serta komposer veteran Ahmad Nawab.

Sementara itu, antara individu yang mendapat gelaran Datuk kali ini termasuk Manoj Kurup, yang mengetuai bahagian pendakwaan bahagian rayuan dan perbicaraan Jabatan Peguam Negara; Ketua Pengarah Pendidikan Pkharuddin Ghazali @ Mat Jali; Ketua Setiausaha Perbendaharaan Johan Mahmood Merican dan penyanyi D J Dave.