- Iklan -
Berita

Mas Ermieyati dilantik sebagai pengerusi PAC

Ahli Parlimen Kluang Wong Shu Qi pula dilantik sebagai naib pengerusi PAC.

Ahmad Mustakim Zulkifli
1 minit bacaan
Kongsi
Ahli Parlimen Masjid Tanah Mas Ermieyati Samsudin.
Ahli Parlimen Masjid Tanah Mas Ermieyati Samsudin.

Ahli Parlimen Masjid Tanah Mas Ermieyati Samsudin dari Perikatan Nasional (PN) dilantik pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk penggal Parlimen ke-15.

Bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu menggantikan Wong Kah Wong yang mempengerusikan PAC itu sejak Ogos 2020.

Perkara itu diusulkan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam Dewan Rakyat hari ini.

Mas Ermieyati merupakan wanita kedua dilantik pengerusi PAC selepas Noraini Ahmad. 

Sementara Ahli Parlimen Kluang Wong Shu Qi dari Pakatan Harapan (PH) dilantik menjadi naib pengerusi PAC.

Badan itu mempunyai antara enam hingga 12 anggota yang akan dilantik oleh jawatankuasa.

Ia bertujuan memeriksa peruntukan awam yang dibenarkan oleh Parlimen.