Hanya seorang ahli Parlimen dari blok kerajaan, kata Radzi Jidin pada hari terakhir sidang Dewan Rakyat
Ahli Parlimen Putrajaya Radzi Jidin berkata hanya Menteri Pengangkutan Anthony Loke yang hadir ketika sesi penggulungan rang undang-undang bagi Kementerian Pengangkutan.
Terkini
Seorang wakil rakyat pembangkang hari ini melemparkan sindiran terhadap ahli Parlimen di blok kerajaan susulan ketidakhadiran mereka pada hari terakhir persidangan Dewan Rakyat.
Ahli Parlimen Putrajaya Radzi Jidin berkata, seperti kebanyakan hari sepanjang bulan puasa, hari ini Dewan Rakyat tidak akan berhenti rehat.
“Sedihnya, di blok anggota pentadbiran, hanya menteri pengangkutan yang hadir untuk membentang dan menggulung Rang Undang-undang bagi Kementerian Pengangkutan.
“Ni bukan ‘fake news’ ya!” tulis beliau di catatan Facebook.
Sidang Dewan Rakyat untuk penggal kedua ini bermula pada 13 Februari lalu.
Ia pada asalnya dijadualkan berakhir pada Mac, tetapi dilanjutkan selama dua hari sehingga 4 April.
Pada 9 Mac, dilaporkan bahawa persidangan hampir terhenti untuk kali kedua pada minggu itu kerana tidak cukup korum.
Mengikut Peraturan Mesyuarat 13, sekurang-kurangnya 26 daripada 222 Ahli Parlimen dikehendaki hadir ketika persidangan diadakan.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.