- Iklan -
Berita

Tiada pekeliling larang MB Kedah hadir acara kerajaan Persekutuan, kata Zahid

Timbalan perdana menteri mencadangkan Muhammad Sanusi Md Nor mengemukakan bukti bertulis.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor (tengah). Gambar: Bernama
Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor (tengah). Gambar: Bernama

Tiada pekeliling larang MB Kedah hadir acara kerajaan Persekutuan, kata Zahid

Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi menafikan terdapat surat rasmi atau pekeliling yang melarang Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor menghadiri sebarang acara rasmi kerajaan Persekutuan.

“Saya tidak pernah mendengar adanya arahan untuk beliau (tidak boleh) menghadiri mana-mana majlis rasmi anjuran kerajaan Persekutuan melainkan jika arahan itu dikeluarkan pada beliau secara peribadi, saya tidak mengetahui mengenai perkara itu.

“Tiada (surat atau pekeliling). Kalau dakwaan itu benar, mungkin menteri besar Kedah boleh menyebarkan arahan atau pekeliling untuk (yang menyebut) melarang beliau menghadiri mana-mana majlis kerajaan Persekutuan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Santunan Kasih Ramadan di Masjid Jamek Kampung Sungai Gersik, di Muar, hari ini, ketika ditanya pemberita mengenai dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri Jeneri mengenai perkara itu.

Terdahulu, Muhammad Sanusi, menerusi Facebook rasminya mendakwa beliau dilarang menghadiri majlis rasmi kerajaan Persekutuan termasuk Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (Lima'23) pada 23 hingga 27 Mei ini.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.