- Iklan -
Berita

Isu calon MB Umno hanya pandangan peribadi Khalid, kata Zahid

Zahid berkata perkara itu hanya akan dibincangkan dalam Mesyuarat Sekretariat Kerajaan.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi. Gambar: Bernama
Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi. Gambar: Bernama

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Abdul Samad bahawa Pakatan Harapan (PH) condong membiarkan BN menerajui tiga negeri jika menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, hanya bersifat pandangan peribadi.

Zahid yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) dan timbalan perdana menteri berkata perkara itu hanya akan dibincangkan dalam Mesyuarat Sekretariat Kerajaan.

“Tak apalah itu pandangan dia, nanti kita bincangkan dalam Sekretariat Kerajaan Perpaduan, dia (Khalid) pun tak ada masuk dalam itu (Sekretariat),” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Menangani Denggi di Bangunan Parlimen hari ini.

Beliau mengulas laporan media bahawa Pakatan Harapan (PH) dijangka memberi ruang kepada BN meletakkan calon Menteri Besar sekiranya menang dalam PRN di Kedah, Kelantan, dan Terengganu.

Khalid dilapor berkata calon Menteri Besar ditampilkan gabungan itu akan diteliti dan diputuskan dalam mesyuarat bersama PH.