- Iklan -
Berita

Lebih 33,000 mangsa dipindahkan akibat banjir di Johor

Meningkat lebih 4,600 orang berbanding jumlah mangsa banjir yang dicatatkan malam tadi.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Pekerja bengkel mengalihkan motosikal ke kawasan tinggi di Bandar Kota Tinggi, Johor, 2 Mac. Gambar: Bernama
Pekerja bengkel mengalihkan motosikal ke kawasan tinggi di Bandar Kota Tinggi, Johor, 2 Mac. Gambar: Bernama

Jumlah mangsa banjir di Johor terus meningkat pagi ini, dengan 33,149 mangsa ditempatkan di 217 pusat pemindahan sementara setakat 8 pagi. 

Angka ini meningkat berbanding 28,486 mangsa yang direkodkan pada 8 malam tadi dan 26,633 petang semalam.