- Iklan -
Berita

Idrus Harun teruskan khidmat sebagai peguam negara 6 bulan lagi

Pelantikan semula beliau berkuat kuasa 6 Mac.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Peguam Negara Idrus Harun. Gambar: Bernama
Peguam Negara Idrus Harun. Gambar: Bernama

Idrus Harun akan meneruskan peranannya sebagai peguam negara selama enam bulan lagi, kata Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali hari ini. 

Zuki dalam satu kenyataan, berkata Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah memperkenankan pelantikan semula Idrus untuk tempoh enam bulan berkuat kuasa 6 Mac ini.

Beliau berkata, pelantikan semula itu selaras dengan Fasal (1) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.

Idrus dilantik pada Mac 2020 bagi menggantikan Tommy Thomas yang meletakkan jawatan susulan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan.