- Iklan -
Berita

Jangkitan harian catat 281 kes, tiada terkorban

Sebanyak 257 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,994,015.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Beberapa lelaki sedang memilih jambangan bunga untuk dibeli sempena Hari Kekasih pada 14 Februari di Taman Kuchai.
Beberapa lelaki sedang memilih jambangan bunga untuk dibeli sempena Hari Kekasih pada 14 Februari di Taman Kuchai.

Sejumlah 281 kes baru Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 5,040,368 kes.

Sebanyak 257 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,994,015.

Ketika ini, 9,399 kes aktif direkodkan di mana 9,072 atau 96.5% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Tiada pesakit ditempatkan ke pusat kuarantin sementara 319 (3.4%) kes dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak lapan kes dan dua daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Tiada kematian dicatatkan menjadikan keseluruhan korban akibat wabak itu kekal sebanyak 36,954 orang.