- Iklan -
Berita

Zahid pecat Noh Omar selepas tolak penggantungan

Difahamkan, bekas pengerusi badan perhubungan Umno Selangor itu adalah salah seorang daripada lima ahli kanan parti yang dimasukkan dalam senarai digantung atau dipecat kerana mengkritik Zahid.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Bekas pengerusi badan perhubungan Umno Selangor Noh Omar dan bekas ketua penerangan Umno Shahril Hamdan
Bekas pengerusi badan perhubungan Umno Selangor Noh Omar dan bekas ketua penerangan Umno Shahril Hamdan

Majlis Tertinggi (MT) Umno yang dipengerusikan Presiden Ahmad Zahid Hamidi memecat Noh Omar, kata bekas pengerusi badan perhubungan Umno Selangor itu kepada pemberita hari ini selepas keluar daripada mesyuarat pimpinan tertinggi parti itu malam ini. 

Difahamkan, Noh, salah seorang daripada lima pemimpin kanan Umno dimasukkan dalam senarai digantung atau dipecat kerana mengkritik Zahid.

Noh pada mulanya digantung enam tahun bersama bekas ketua penerangan Shahril Hamdan. 

Noh sendiri mengesahkan perkara itu apabila beliau keluar daripada mesyuarat MT malam ini.

"Bila diumum saya digantung, jangan gantung, pecat lebih baik. Untuk apa saya berada dalam perjuangan parti, untuk apa saya duduk dalam parti yang saya berkorban sejak 1976? Saya berkorban untuk parti tapi nampaknya hari ini gunakan parti untuk kepentingan peribadi."

Menurut Noh, Zahid bersetuju dengan permintaannya untuk dipecat. 

“Saya ucap, terima kasih,” katanya sambil menambah beliau masih belum hadir ke lembaga disiplin parti yang dijadualkan Isnin ini.

"Tetapi saya sudah digantung hari ini. Apa ini?" soalnya.