- Iklan -
Berita

PBM Negeri Sembilan umum bubar jawatan negeri, bahagian

Keputusan itu diputuskan dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Majlis Pimpinan Negeri, Negeri Sembilan di Laman Permai Juasseh, Kuala Pilah pada 20 Januari lepas.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Presiden Parti Bangsa Malaysia Larry Sng
Presiden Parti Bangsa Malaysia Larry Sng

Parti Bangsa Malaysia (PBM) Negeri Sembilan mengumumkan pembubaran dan peletakan jawatan semua Ahli Jawatankuasa negeri, Bahagian, Sayap Pergerakan Pemuda dan Wanita parti itu kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Presidennya Larry Sng.

Pengerusinya Rosman Jonet dalam satu kenyataan hari ini berkata keputusan itu diputuskan dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Majlis Pimpinan Negeri, Negeri Sembilan di Laman Permai Juasseh, Kuala Pilah pada 20 Januari lepas.

Beliau berkata pembubaran itu melibatkan Jawatankuasa Bahagian Port Dickson, Jempol, Tampin, Rasah, Rembau, Jelebu dan Kuala Pilah.

“Secara konsensus dan permuafakatan, barisan kepimpinan bersetuju  meletakkan jawatan serta membubarkan keseluruhan ahli jawatankuasa negeri dan bahagian PBM berkuat kuasa serta-merta,” katanya.