- Iklan -
Berita

Kerajaan teliti keperluan tambah jawatan hakim Mahkamah Tinggi di Sabah, Sarawak

Perkara itu merupakan antara cadangan yang dikemukakan pada mesyuarat Kabinet hari ini.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Gambar: Bernama
Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Gambar: Bernama

Kerajaan meneliti keperluan menambah jawatan hakim Mahkamah Tinggi untuk Sabah dan Sarawak susulan peningkatan jumlah kes, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet hari ini, beliau berkata perkara itu merupakan antara cadangan yang dikemukakan pada mesyuarat tersebut. 

“Dikemukakan juga cadangan mengenai penambahan jawatan Hakim Mahkamah Tinggi untuk Sabah dan Sarawak. Kita berikan sedikit keutamaan terutamanya penambahan jawatan-jawatan kerana meningkatnya  kes-kes di Sabah dan Sarawak,” kata beliau.

Anwar berkata proses pelantikan Hakim Mahkamah Tinggi untuk Sabah dan Sarawak perlu dirujuk kepada Yang di-Pertua Negeri masing-masing.

“(Kalau) ikut dalam peraturan fasal Perlembagaan (pelantikan) kena rujuk Yang Dipertua Sabah dan Sarawak sebelum dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong,” kata beliau.

Perdana menteri berkata mesyuarat turut bersetuju supaya kerajaan melihat kedudukan bangunan mahkamah di Sabah dan Sarawak yang ada dikesan agak daif.