- Iklan -
Berita

Jangkitan harian catat 383 kes, 4 lagi terkorban

Sebanyak 625 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,983,795.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai dilihat masih memakai pelitup muka terutama di tempat sesak seperti di Jalan Tuanku Abdul Rahman sebagai langkah berwaspada menghindari wabak Covid-19.
Orang ramai dilihat masih memakai pelitup muka terutama di tempat sesak seperti di Jalan Tuanku Abdul Rahman sebagai langkah berwaspada menghindari wabak Covid-19.

383 kes baru Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 5,031,826 kes.

Sebanyak 625 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,983,795.

Ketika ini, 11,126 kes aktif direkodkan di mana 10,611 atau 95.4% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Tiada pesakit ditempatkan ke pusat kuarantin sementara 495 (4.4%) kes dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 20 kes dan 8 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Empat kematian dicatatkan termasuk dua kes sebelum tiba di hospital menjadikan keseluruhan korban akibat wabak itu sebanyak 36,905 orang.