- Iklan -
Berita

KDN sedia bincang dengan NGO, beri maklumat berkait Sosma

Timbalan menteri KDN berkata pihaknya boleh berkongsi maklumat dengan mana-mana pihak kerana kemungkinan mereka tidak mendapat maklumat yang tepat.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Timbalan Menteri Dalam Negeri Shamsul Anuar Nasarah menjawab pertanyaan media pada sambutan ulang tahun pertama Festival Lenggong Geopark di Laman Budaya hari ini. Gambar: Bernama
Timbalan Menteri Dalam Negeri Shamsul Anuar Nasarah menjawab pertanyaan media pada sambutan ulang tahun pertama Festival Lenggong Geopark di Laman Budaya hari ini. Gambar: Bernama

Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedia mengadakan perbincangan dengan mana-mana pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) bagi memberikan maklumat berkaitan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Timbalan Menteri Dalam Negeri Shamsul Anuar Nasarah berkata perbincangan itu juga antara lain bagi membolehkan tidak berlakunya salah faham berkaitan undang-undang yang ada di negara ini termasuk Sosma.

“Kami sedia dengar pandangan dan buka peluang untuk NGO datang (berjumpa) supaya kami boleh beri maklumat agar mereka faham.

“Mereka mungkin tidak dapat maklumat tepat. Jadi kami boleh kongsi maklumat,” kata ahli Parlimen Lenggong itu selepas merasmikan Festival Lenggong GeoPark di Laman Budaya Lenggong hari ini.

Jelasnya, apa sahaja undang-undang dibuat, adalah demi kepentingan rakyat dan negara ini.

Semalam, Naib Presiden Muda Zaidel Baharudin berkata kerajaan patut menyemak semula Sosma dan tampil dengan undang-undang baharu yang lebih bagus.

Terdahulu, Shamsul berkata peluang pelaburan baharu dan besar mampu mengangkat Lenggong GeoPark sebagai kalendar penting pelancongan untuk dimanfaatkan pelancong tempatan dan luar negara, termasuklah penyediaan pusat konvensyen dan prasarana pelancongan.