- Iklan -
Berita

Selangor pertimbang tingkatkan harga caj penggunaan beg plastik

Kerajaan Selangor berkata ia akan mengetatkan penguatkuasaan selepas penggunaan beg plastik di negeri itu semakin meningkat.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Kerajaan Selangor berkata penguatkuasaan mengenai penggunaan beg plastik longgar ketika tempoh pandemik Covid-19 melanda negara.
Kerajaan Selangor berkata penguatkuasaan mengenai penggunaan beg plastik longgar ketika tempoh pandemik Covid-19 melanda negara.

Kerajaan Selangor bakal meneliti semula polisi caj kutipan beg plastik sama ada akan ditingkatkan harganya serta pelaksanaan hari tanpa plastik pada tahun hadapan ekoran berlakunya peningkatan penggunaan beg plastik di Selangor, walaupun kempen kutipan caj beg plastik telah dilaksanakan sejak 2017. 

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli negeri Hee Loy Sian mengakui terdapat masalah di peringkat penguatkuasaan semasa pandemik Covid-19 ekoran pihaknya banyak memberi kelonggaran kepada peniaga menggunakan beg plastik khususnya ketika membungkus makanan.

“Kami akan meningkatkan penguatkuasaan yang sangat ketat. Kali ini kami berkemungkinan akan tarik balik lesen premis mereka yang tidak mematuhi cara kutipan caj beg plastik yang digunakan,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini. 

Beliau menjawab soalan tambahan Elizabeth Wong Keat Ping (PH-Bukit Lanjan) mengenai tindakan penguatkuasaan terhadap penggunaan beg plastik yang dilihat semakin meningkat walaupun wujudnya kempen kutipan caj beg plastik.

Menurutnya, setakat 30 Jun lepas kutipan beg plastik di Selangor adalah sebanyak RM4.8 juta dan dijangka akan mencecah lebih RM9 juta untuk tahun ini berbanding tahun lepas sebanyak RM8.5 juta dan 2020 sebanyak RM6.6 juta. 

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.