- Iklan -
Berita

Tiada majoriti mudah, Agong titah Muhyiddin, Anwar mengadap

Pemimpin Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional itu dipanggil mengadap Yang di-Pertuan Agong pada pukul 4.30 petang ini.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Istana Negara di Kuala Lumpur. Gambar: Bernama
Istana Negara di Kuala Lumpur. Gambar: Bernama

Istana Negara hari ini berkata tiada ahli Parlimen mewakili gabungan parti politik yang mempunyai majoriti mudah untuk dilantik sebagai perdana menteri.

Dalam sebuah kenyataan, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Ahmad Fadhil Shamsuddin berkata Yang di-Pertuan Agong berkenan untuk memanggil pemimpin Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) untuk mengadap pada pukul 4.30 petang hari ini.

Katanya, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah telah menjalan pengesahan calon-calon perdana menteri bagi memutuskan siapakah yang memiliki majoriti perakuan ahli Parlimen bagi dilantik sebagai perdana menteri ke-10.

"Proses ini adalah bertujuan supaya Seri Padukan Bagunda dapat membuat keputusan bagi melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat sebagai perdana menteri seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Dalam pada itu, Sultan Abdullah turut menyeru seluruh rakyat untuk bersabar dan bertenang sehingga proses pembentukan kerajaan baru dan pelantikan perdana menteri selesai.

Malaysia kini sedang menantikan siapakah yang bakal dilantik sebagai perdana menteri selepas keputusan pilihan raya umum baru-baru ini menunjukkan tiada gabungan memperoleh majoriti jelas dan muktamad bagi membentuk kerajaan.

Sebelum ini, PH dan PN masing-masing mendakwa memiliki majoriti yang diperlukan untuk membentuk kerajaan baru.

Bagaimanapun, Barisan Nasional yang dilihat menjadi blok penentu mengesahkan ia akan menjadi pembangkang dan tidak akan menyokong mana-mana gabungan politik.

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi