- Iklan -
Berita

Amaran hujan berterusan di 3 negeri

Hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang sehingga esok.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang lelaki menggunakan plastik untuk melindungi diri daripada hujan lebat.
Seorang lelaki menggunakan plastik untuk melindungi diri daripada hujan lebat.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan di tiga negeri di utara bermula esok hingga Rabu. 

Menurut kenyataan MetMalaysia hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. 

Amaran hujan berterusan (waspada) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan dan ribut petir sedang atau dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh berkenaan di sesuatu kawasan.