- Iklan -
Berita

Rumah Muhyiddin jadi tumpuan pemimpin PN

Beberapa kenderaan pemimpin PAS dilihat keluar masuk di kediaman pengerusi Perikatan Nasional itu.

Nur Hasliza Mohd Salleh
1 minit bacaan
Kongsi
Beberapa kenderaan bercermin gelap kelihatan keluar dan masuk ke kawasan perumahan Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara hari ini. Gambar: Bernama
Beberapa kenderaan bercermin gelap kelihatan keluar dan masuk ke kawasan perumahan Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara hari ini. Gambar: Bernama

Beberapa pemimpin utama parti komponen Perikatan Nasional (PN) dipercayai berkumpul di di kediaman Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara, Kuala Lumpur ketika teka-teki mengenai rundingan bentuk gabungan baru kerajaan masih belum terjawab. 

Kelihatan pergerakan kenderaan keluar masuk yang membawa pemimpin PAS termasuk Presiden Abdul Hadi Awang sekitar pukul 11.30 pagi. 

Sementara itu, kenderaan yang membawa Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan dilihat meninggalkan kawasan itu pada jam 1.15 petang tadi. 

MalaysiaNow sedang mendapatkan pengesahan nama-nama pemimpin parti komponen PN lain yang berada di kediaman tersebut.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.