- Iklan -
Berita

Mesej tular gesa undi BN palsu, kata Muhyiddin

Pengerusi PN itu  menafikan tangkap layar yang tular kononnya wujud perbualan sedemikian.

Teoh Yee Shen
1 minit bacaan
Kongsi
Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddi. Yassin.
Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddi. Yassin.

Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan kononnya Perikatan Nasional(PN) menggesa ahli PAS menyokong calon Barisan Nasional (BN) di Johor, berikutan sebaran sebuah tangkap layar aplikasi WhatsApp yang menunjukkan wujud perbualan mengenai isu itu.

"Tangkap layar tersebut adalah palsu," katanya dalam sebuah hantaran Facebook hari ini.

Tangkap layar menunjukkan perbualan dalam satu kumpulan WhatsApp "PN Johor 2022", di mana pengguna bernama "TSMY" berkata bahawa PN memerlukan sokongan BN untuk membentuk kerajaan selepas pilihan raya.

"TSMY" juga mengarahkan agar mesej itu disebarkan dalam kalangan akar umbi.

Wujud spekulasi mengenai kerjasama selepas pilihan raya antara dua gabungan tersebut selepas ramalan mengatakan tiada sebuah gabungan pun yang menerima sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan.

Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan baru-baru ini dilaporkan berkata beliau yakin PN akan dapat membentuk kerajaan dengan kerjasama parti lain, khususnya BN.

Bagaimanapun, beliau kemudiannya menjelaskan bahawa beliau yakin PN akan dapat membentuk kerajaan sendiri yang dipimpin oleh seorang perdana menteri daripada gabungan itu.

Pilihan Raya Umum ke-15 hari (PRU15) ini merupakan pilihan raya di peringkat Parlimen pertama bagi PN sejak penubuhannya. 

Gabungan itu terdiri daripada Bersatu, PAS, Gerakan dan dua parti Sabah.