- Iklan -
Berita

Kes harian turun bawah 4,000 jangkitan, 5 lagi terkorban

36,716 kes aktif direkodkan di mana 95.4% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai masih memakai pelitup muka ketika keluar bagi mengelak jangkitan Covid-19 walaupun pemakaiannya tidak lagi diwajibkan.
Orang ramai masih memakai pelitup muka ketika keluar bagi mengelak jangkitan Covid-19 walaupun pemakaiannya tidak lagi diwajibkan.

3,913 kes baru Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,927,451 kes.

Sebanyak 3,774 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,854,248.

Ketika ini, 36,716 kes aktif direkodkan di mana 35,039 atau 95.4% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Tiada pesakit di pusat kuarantin sementara dan 1,610 (4.4%) kes dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 67 kes dan 50 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Lima lagi kes kematian dicatatkan menjadikan keseluruhan korban akibat wabak itu sebanyak 36,487 orang.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.