Rina Harun calon Bersatu di Sepang
Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mengumumkan pencalonan menteri KPWKM itu dalam jelajah parti tersebut di Sepang malam ini.
Terkini
Bersatu hari ini mengumumkan Ketua Wanitanya, Rina Harun akan bertanding di Parlimen Sepang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Pengumuman itu dibuat oleh Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dalam majlis Jelajah Prihatin Parlimen Sepang pada malam ini.
Rina merupakan penyandang kerusi Parlimen Titiwangsa selepas memenanginya pada PRU14 di bawah Pakatan Harapan menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Johari Abdul Ghani dan calon PAS Mohamad Nor Mohamad.
“Siapa calon PN di Sepang? Dengan ini saya umumkan Rina sebagai calon PN di Parlimen Sepang.
"Sah. Ini presiden (parti) sendiri (yang) umum," kata Muhyididin.
Rina akan bertanding menentang calon Pakatan Harapan (PH) Aiman Athirah dan Che Asmah Ibrahim dari Gerakan Tanah Air (GTA).
Setakat ini, Barisan Nasional (BN) masih belum mengumumkan calon bagi kerusi itu.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.