- Iklan -
Berita

Johor Bahru dilanda banjir kilat, 1 PPS dibuka

Seramai 17 mangsa dipindahkan ke PPS selepas rumah mereka dinaiki air.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Peralihan monsun yang bermula awal bulan ini menyebabkan hujan lebat dan ribut petir di seluruh negara.
Peralihan monsun yang bermula awal bulan ini menyebabkan hujan lebat dan ribut petir di seluruh negara.

Hujan lebat lebih dua jam pada 7 malam tadi menyebabkan satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Johor melibatkan daerah Johor Bahru.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dalam kenyataan memaklumkan setakat 8 pagi ini, seramai 17 mangsa daripada tiga keluarga dipindahkah ke PPS selepas rumah mereka dinaiki air.

"Kesemua mangsa dari Kampung Paya Kenangan di Johor Bahru ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Bukit Mutiara yang dibuka pada 10.30 malam tadi," menurut kenyataan itu.

Menurut JPBD, paras air Sungai Skudai, Kampung Pasir menunjukkan bacaan 0.3m iaitu paras waspada selain cuaca di Mersing dan Kota Tinggi dilaporkan hujan, manakala lapan daerah lain mendung hari ini.