- Iklan -
Berita

Agong titah agensi terlibat sedia hadapi banjir

Persediaan itu termasuk aspek mengurangkan kesan banjir dan merangka kaedah bagi memastikan bantuan dapat diberikan secara terancang, segera dan efektif.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menhadiri majlis Maulidur Rasul di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur hari ini. Gambar: Bernama
Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menhadiri majlis Maulidur Rasul di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur hari ini. Gambar: Bernama

Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menitahkan semua agensi berkaitan membuat persediaan menyeluruh yang rapi demi kemaslahatan ummah, bagi menghadapi risiko banjir susulan Monsun Timur Laut.

Titah Sultan Abdullah, persediaan itu bukan hanya dalam aspek mengurangkan kesan banjir tetapi merangka satu kaedah bagi memastikan bantuan kepada mangsa dapat diberikan secara terancang, segera dan efektif.

Sultan bertitah ini selaras dengan ajaran Islam yang dibawa Rasulullah SAW yang menuntut umatnya untuk sentiasa melakukan persediaan dalam menghadapi sebarang kemungkinan pada masa hadapan.

"Setiap tahun pada bulan November, negara akan berhadapan dengan risiko banjir, malah baru-baru ini Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan Malaysia akan berhadapan dengan hujan lebat serta risiko banjir besar.

“Beta ingin mengingatkan seluruh rakyat beta untuk memperkemaskan diri dan melakukan persediaan bagi menghadapi fenomena perubahan cuaca yang bakal berlaku kelak," titah Sultan Abdullah pada majlis sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1444 Hijrah/ 2023 Masihi di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.