- Iklan -
Berita

Kerajaan umum peruntukan RM372.3 bilion, bajet lebih rendah pasca Covid

Jumlah peruntukan itu lebih kecil berbanding Bajet 2022 yang disemak semula sebanyak RM385.3 bilion.

Staff Writers
3 minit bacaan
Kongsi
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz dan pemimpin kerajaan tiba di lobi Parlimen bagi pembentangan Bajet 2023 hari ini.
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz dan pemimpin kerajaan tiba di lobi Parlimen bagi pembentangan Bajet 2023 hari ini.

Kerajaan hari ini membentangkan bajet pasca pandemik dengan peruntukan sebanyak RM372.3 bilion, di mana ia dilihat sebagai bajet terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 diadakan.

Bertema “Memperkukuh pemulihan, memudah cara pembaharuan ke arah kemampanan daya tahan ekonomi dan kesejahteraan Keluarga Malaysia”, bajet bagi tahun hadapan itu akan meneruskan momentum pemulihan selain penekanan terhadap aspek pembaharuan struktur dan pengukuhan daya tahan ekonomi.

Pembentangan hari ini adalah yang bajet kedua di bawah pentadbiran Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob selepas Rancangan Malaysia ke-12 dilancarkan pada 27 September tahun lalu.

Berikut adalah sebahagian perkara utama dalam Bajet 2023 yang dibentangkan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz.

Tiga penerima bajet tahun depan adalah Kementerian Kewangan (RM67.2 bilion), Kementerian Pendidikan (RM55.6 bilion) dan Kementerian Kesihatan (RM36.1 bilion)

Kesemua peruntukan itu meliputi 43.3% daripada perbelanjaan keseluruhan.

WhatsApp Image 2022-10-07 at 4.35.05 PM

Dalam pada itu, Zafrul berkata RM272.3 bilion telah diperuntukkan untuk perbelanjaan pengurusan, pembangunan (RM95 bilion) untuk pembangunan, dana Covid-19 (RM5 bilion) dan RM2 bilion diperuntukkan sebagai simpanan luar jangka.

Sementara itu, kadar cukai pendapatan individu pemastautin akan dikurangkan sebanyak dua mata peratusan.

Zafrul turut mengumumkan penjimatan cukai sehingga RM1,000 bagi golongan berpendapatan sederhana dan RM250 bagi golongan berpendapatan tinggi.

Beliau berkata banjaran pendapatan cukai antara RM250,000-RM400,000 akan digabung dengan banjaran RM400,000-RM600,000 dan dikenakan kadar cukai 25% dengan pemotongan cukai dari 13% kepada 11% bagi mereka dalam pendapatan bercukai kurung RM50,000-RM70,000.

Mereka yang berada dalam kumpulan pendapatan RM70,000-RM100,000 sementara itu akan menyaksikan pemotongan cukai daripada 21% kepada 19%.

Zafrul juga berkata had caruman sukarela Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan dinaikkan kepada RM100,000 setahun berbanding RM60,000 sebelum ini.

Beliau juga mengumumkan pengecualian cukai untuk wanita yang kembali bekerja untuk tahun taksiran 2023-2028.

Kerajaan juga akan mewajibkan caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri di bawak Perkhidmatan Keselamatan Sosial (Perkeso) untuk semua sektor bekerja sendiri secara berperingkat.

Sementara itu, jumlah had pegangan Amanah Saham Bumiputera dan Amanah Saham Bumiputera 2 pula dinaikkan kepada RM300,000 berbanding RM200,000 sebelum ini.

WhatsApp Image 2022-10-07 at 6.36.31 PM

Zafrul turut mengumumkan bantuan tunai di bawah inisiatif Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sebanyak RM500 kepada ibu atau bapa tunggal yang ada anak tanggungan akan diteruskan dan layak terima BKM maksimum RM3,000.

Bagi golongan isi rumah sehingga empat anak, mereka layak menerima BKM antara RM1,000 hingga RM2,000.

Secara keseluruhan, BKM akan ditambah baik dengan peruntukan RM7.8 bilion, untuk memanfaatkan 8.7 juta penerima.

Zafrul turut mengumumkan kredit e-dompet sebanyak RM100 untuk kumpulan M40 dengan pendapatan tahunan di bawah RM100,000.

Pelepasan cukai bagi yuran penjagaan anak di taska atau pra sekolah bernilai RM3,000 juga akan dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2024.

Beliau berkata defisit fiskal dijangka berkurangan kepada 5.5% daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada 2023 berbanding 5.8% pada 2022.

Zafrul berkata hasil kerajaan persekutuan dijangka berkurangan sebanyak 4.4% pada 2023 kepada RM272.57 bilion berbanding pertumbuhan 22.0% (RM285.22 bilion) pada 2022.

Defisit fiskal dijangka akan disatukan pada kadar yang beransur-ansur dengan baki keseluruhan berpurata pada 4.4% dari KDNK dalam Rangka Kerja Fiskal Jangka Sederhana 2023-2025.

Zafrul juga berkata kerajaan mungkin melanjutkan had statutori hutang berkanun sebanyak 65% daripada KDNK dalam jangka sederhana selepas tamat tempoh Akta 830 pada 31 Disember 2022.

Dalam laporan tinjauan ekonomi dan fiskal yang dikeluarkan menjelang pembentangan bajet di Dewan Rakyat hari ini,  kerajaan berkata ia mengambil pendekatan berhati-hati untuk menghadapi tahun 2023 berikutan ketegangan geopolitik, peningkatan inflasi global, keadaan kewangan yang lemah, dan gangguan rantaian bekalan .

“Bajet 2023 bertujuan menyediakan keadaan yang menggalakkan dan memastikan keseimbangan antara keperluan ekonomi dan penyatuan fiskal,” kata Zafrul dalam laporan tinjauan fiskal yang dilaporkan Reuters.